THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday 2 April 2008

ĨŠǕ ҚαҢшіה ΜǙĎĄ

Isu kahwin muda.........
Assalamualaikum...Perkahwinan amat digalakkan oleh Islam, untuk meramaikan ummat Nabi Muhammad SAW. Kalau buka kitab feqh pun, dibincangkan dalam satu bab iaitu bab nikah. Apa pendapat kalian bernikah di usia muda, mungkin ketika masih lagi di alam IPT.Jika seorang anak lelaki melahirkan hasrat untuk berumah tangga kepada ibu bapa, ada ibu bapa yang melarang nya dengan alasan habiskan belajar dahulu, atau pun dengan alasan tak punyai pendapatan tetap. Dan sebagainya. Jika ana perempuan lak, ada ibu bapa yang katakan tamatkan pengajian, walau pun dah punyai calon suami yang OK. Pendek kata banyak la halangan nya.Jadi, jika seandainya dari kalangan kita punyai pengalaman, mahu pun pendapat boleh lah berkongsi bersama. Mungkin ada dari kalangan kita yang sudah berumah tangga ketika usia muda atau pun ketika masih lagi belajar. Jika sudah, boleh lah kongsikan pengalaman berkahwin ketika usia muda. Mengganggu pelajaran ke, bebankan sara hidup ke, atau sebagainya. Atau pun yang belum berkahwin, yang punyai pendapat, bolehlah bagi pendapat. Atau pun yang bercadang dan punyai mesalah, boleh lah beritahu permasalahan untuk sama sama kita berikan pandangan.Waahua'lam.

Sunday 17 February 2008

Keluarga Pincang project_3A5

Selamat sejahtera teman-teman saya sekalian,
kami akan berbincang mengenai keluarga pincang.
Keluarga pincang selalu berlaku kepada ibu tunggal.